Wednesday 15 February 2012

TEMA DAN PERSOALAN


Tema
Budi yang baik dibalas dengan kebaikan
Pertolongan yang diberikan oleh Amin kepada seorang wanita telah membawa rahmat kepadanya kerana wanita itu telah membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Amin yang menghadapi masalah kewangan akan dapat membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan hasil daripada pemberian wanita itu.

Persoalan  
1.      Kemiskinan masyarakat kampung
Kemiskinan membuatkan ibu Amin tidak mampu untuk membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan Amin. Walaupun jumlahnya tidak begitu banyak, ibu Amin tidak mempunyai wang untuk membayarnya.
2.      Kepentingan ilmu
Ilmu amat penting bagi setiap orang. Oleh itu, seseorang itu mestilah menduduki peperiksaan supaya dapat menjamin masa depan. Ibu Amin yang menyedari kepentingan ilmu berusaha untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran peperiksaan Amin.
3.      Tanggungjawab membanteras kegiatan jenayah
Amin membantu seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut oleh seorang pemuda. Tindakan ini memperlihatkan sikap bertanggungjawab Amin dalam membantu pihak membanteras jenayah.

No comments:

Post a Comment