Wednesday, 15 February 2012

TEMA DAN PERSOALAN


Tema
Budi yang baik dibalas dengan kebaikan
Pertolongan yang diberikan oleh Amin kepada seorang wanita telah membawa rahmat kepadanya kerana wanita itu telah membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Amin yang menghadapi masalah kewangan akan dapat membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan hasil daripada pemberian wanita itu.

Persoalan  
1.      Kemiskinan masyarakat kampung
Kemiskinan membuatkan ibu Amin tidak mampu untuk membayar yuran sekolah dan yuran peperiksaan Amin. Walaupun jumlahnya tidak begitu banyak, ibu Amin tidak mempunyai wang untuk membayarnya.
2.      Kepentingan ilmu
Ilmu amat penting bagi setiap orang. Oleh itu, seseorang itu mestilah menduduki peperiksaan supaya dapat menjamin masa depan. Ibu Amin yang menyedari kepentingan ilmu berusaha untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran peperiksaan Amin.
3.      Tanggungjawab membanteras kegiatan jenayah
Amin membantu seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut oleh seorang pemuda. Tindakan ini memperlihatkan sikap bertanggungjawab Amin dalam membantu pihak membanteras jenayah.

SINOPSIS

Amin bersiap-siap hendak pergi ke sekolah. Dia memberitahu ibunya, Mak Jah bahawa dia belum membayar yuran peperiksaan dan yuran peperiksaan dan yuran sekolah. Ibu Amin, iaitu Mak Jah masih belum mempunyai wang untuk membayar yuran sekolah Amin. Di sekolah, Amin dimarahi oleh Cikgu Asad dan pengetua kerana belum membayar yuran-yuran tersebut. Amin akan dikeluarkan dari senarai calon peperiksaan PMR jika dia tidak membayar yuran peperiksaan tersebut. Jazid, iaitu rakan baik Amin bertanyakan masalah Amin tetapi Amin tidak mahu memberitahunya. Pada pagi itu, Amin tidak pergi ke sekolah, sebaliknya dia pergi ke pecan. Dia mengambil keputusan untuk ponteng sekolah kerana takut akan dimarahi pengetua ekoran tidak membayar yuran peperiksaan. Di pekan, Amin pergi ke pusat beli-belah dan memerhati gelagat beberapa orang pemuda yang bermain permainan di sebuah kedai video games. Ketika itulah Amin berjaya menangkap pemuda yang dipercayai meragut beg tangan seorang wanita. Pemuda itu dan Amin dibawa ke balai polis. Pemuda itu disoal siasat manakala Amin disuruh duduk. Wanita itu dibantu oleh Amin bertanyakan sesuatu kepada Amin tetapi Amin tidak menjawab pertanyaannya, sebaliknya terus meninggalkan wanita itu yang tercengang dengan tindakannya. Kepulangan Amin disambut oleh Mak Jah yang sedang duduk di muka pintu rumah. Mak Jah yang mengesyaki Amin ponteng sekolah bertanya kepada Amin tentang beg sekolahnya. Amin dileteri oleh Mak Jah kerana ponteng sekolah. Mak Jah turut mengingatkan Amin tentang pesanan arwah ayahnya, Pak Akob sebelum meninggal dunia, iaitu belajar bersungguh-sungguh dan membela kehidupan Mak Jah. Amin yang masih mengingati pesanan tersebut mengesali perbuatannya ponteng sekolah. Wanita yang dibantu oleh Amin datang ke rumah Amin serta membawa beg sekolahnya yang tertinggal di balai polis. Amin dihantui perasaan takut apabila melihat wanita itu. Wanita itu menceritakan kejadian yang berlaku ke Mak Jah. Dia memberikan sampul surat yang dianggapnya sebagai hadiah kepadi Amin kerana telah membantunya. Mak Jah menyuruh Amin mengambil pemberian tersebut kerana menurutnya, dia telah tahu segala yang berlaku. Akhirnya Amin menerima pemberian tersebut. Sambil menggenggam sampul surat itu dengan erat, Amin menyemat tekad dalam hatinya untuk meneruskann persekolahan demi mencapai cita-citanya.